000000
X
PALESTIN
Hamas Sambut Baik Pendirian Kesatuan Afrika dalam isu Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
21 Februari 2023 | 1.29 tengahari
ADDIS ABABA - Gerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas) menyambut baik komuniké terakhir sidang kemuncak Kesatuan Afrika (AU) ke-36 di ibu negara Ethiopia, Addis Ababa, yang menyokong keanggotaan penuh Palestin dalam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan menangguhkan pemberian status pemerhati kepada negara penjajah Israel di AU.

Hamas dalam kenyataan di laman web rasmi menyatakan setinggi penghargaan terhadap pendirian negara anggota AU dan negeri Algeria dan Afrika Selatan dan menyeru mereka untuk meneruskan usaha mereka untuk mengasingkan negara pendudukan-penjajah dari Afrika.

“Kami menyeru masyarakat antarabangsa dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk menghukum jenayah penjajah Israel dan pelanggaran berulang (mereka) terhadap rakyat Palestin, wilayah, dan tapak suci serta menyokong perjuangan kemerdekaan Palestin sehingga mereka menikmati hak mereka yang sah dan menubuhkan negara Palestin yang berdaulat sepenuhnya dengan Baitul Maqdis sebagai ibu kotanya,” tambah kenyataan tersebut.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,901
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....