000000
X
PALESTIN
Tentera Israel Serang Pelajar Palestin di Kem Pelarian Shuafat
Oleh: Rusydan Yusup
21 Februari 2023 | 1.15 tengahari
Baitulmaqdis - Tentera Israel menyerang para pelajar Palestin pada hari Isnin ketika mereka meninggalkan sekolah mereka di kem pelarian Shuafat, berhampiran Baitul Maqdis. Serangan tersebut menyebabkan kes sesak nafas di kalangan mereka, lapor agensi berita rasmi WAFA.

Saksi mata memberitahu WAFA bahawa tentera Israel menceroboh kem itu, mencetuskan provokasi kepada para pelajar dan penduduk Palestin serta melepaskan gas pemedih mata ke arah mereka menyebabkan ramai yang mengalami sesak nafas.

Kem tersebut sentiasa diserang oleh tentera Israel sebagai sebahagian daripada dasar kerajaan baru Israel berhaluan kanan dan Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben Gvir, yang berikrar untuk mengeluarkan rakyat Palestin dari bahagian yang diduduki di kota suci itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,730
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....