000000
X
PALESTIN
Amerika menjadi orang tengah, selesai kemelut Israel-Palestin
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
20 Februari 2023 | 9.52 malam
Sumber akhbar berbahasa Ibrani melaporkan bahawa Israel dan pihak berkuasa Palestin telah mencapai persefahaman yang boleh mengurangkan peningkatan ketegangan semasa di Tebing Barat.

Sebuah laman web Israel, Hebrew Walla memetik sumber tersebut dengan mengatakan bahawa kedua-dua pihak mengambil keputusan untuk menangguhkan langkah-langkah unilateral selama beberapa bulan demi mengurangkan ketegangan antara mereka dalam bulan Ramadan yang bakal menjelma, serta bagi perayaan Paskah.

Laman web tersebut turut melaporkan Israel berjanji untuk menangguh rancangan pembinaan petempatan baharu mereka selama beberapa bulan dan menangguhkan perobohan rumah rakyat Palestin di Tebing Barat dan timur Baitul Maqdis selama beberapa bulan, juga pengusiran rakyat Palestin dari rumah mereka di kawasan C. Mereka turut setuju menangguhkan pencerobohan bandar-bandar Palestin.

Seorang pegawai politik Israel berkata perbincangan tentang rancangan pembinaan petempatan mereka tidak akan disuarakan lagi kerana sudah selesai dibincangkan ketika mesyuarat Majlis Tertinggi bagi Perancangan dan Pembinaan Israel. Dalam pada itu, pegawai kanan AS mengesahkan bahawa persefahaman telah dicapai antara Israel dan Palestin yang membenarkan penangguhan undian di Majlis Keselamatan PBB sehingga akan dimaklumkan kemudian.

Seorang pegawai Jabatan Negara AS berkata bahawa Anthony Blinken mengadakan perbincangan telefon dengan kedua-dua pihak ini dan meletakkan beberapa idea demi mencapai persefahaman. Penasihat Blinken juga turut mengadakan perbincangan yang mendalam bersama Israel dan Palestin serta beberapa negara rantau Arab supaya pihak Israel-Palestin mampu mencapai persefahaman.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,782
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....