000000
X
PALESTIN
Kementerian Luar mengecam penafian Israel terhadap kemasukan ahli Parlimen EU ke Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
18 Februari 2023 | 6.10 petang
RAMALLAH – Kementerian Luar Negeri semalam berkata dengan penuh kebimbangan mengenai keputusan Israel iaitu rejim Israel untuk menafikan kemasukan ke Palestin buat kali kedua terhadap Pengerusi Perwakilan Parlimen Eropah, Encik Manu Pineda.

Encik Manu Pineda berkata, keputusan Israel itu bertujuan menghalangnya daripada melaksanakan sepenuhnya peranan dan mandatnya sebagai Pengerusi Delegasi Perhubungan dengan Palestin.

“Langkah ini dilakukan dalam percubaan untuk menutup suara yang tidak setuju secara aman terhadap penjajahan haramnya [Israel]; pengharaman kerusi delegasi adalah satu penghinaan jelas terhadap Parlimen Eropah oleh rejim Israel dan juga merupakan halangan kepada aktiviti institusi yang dihormati ini,” kata Kementerian Luar dalam satu kenyataan akhbar.

“Tingkah laku yang tidak boleh diterima itu bertujuan untuk membungkam dan memfitnah suara-suara pro-keadilan yang berani bersuara menentang jenayah prolifik dan sistemik Israel serta pencabulan hak Palestin dan kewajipan undang-undang antarabangsa.”

Kenyataan itu menggesa Presiden Parlimen Eropah dan negara-negara anggotanya untuk mengambil pendirian yang jelas terhadap pengharaman Encik Pineda oleh Israel, dan mereka perlu memikul tanggungjawab mereka dalam mempertahankannya.

“Kegagalan berbuat demikian akan menghantar mesej besar kepada semua ahli Parlimen lain yang lantang dan terbilang bahawa taktik ini tidak boleh diguna pakai. Mereka mesti tidak berjaya.”
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,439
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....