000000
X
PALESTIN
Kementerian Luar menolak keputusan Israel untuk mengembangkan perusahaan penempatan haram
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
14 Februari 2023 | 10.45 pagi
RAMALLAH – Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat semalam menolak keputusan “penjenayah” Israel untuk mengembangkan perusahaan penempatan haram kolonialnya.

“Negara Palestin menolak keputusan berkenaan berikutan jenayah perang berterusan Israel serta pemerolehan wilayah secara paksa, termasuk keputusan jenayahnya untuk mengembangkan perusahaan penempatan haram kolonialnya,” katanya dalam satu kenyataan.“ Negara Palestin memberi amaran bahawa dasar pengyahudian yang diisytiharkan, melanggar integriti wilayah dan kemerdekaan Negara Palestin malah mengancam keamanan dan keselamatan serantau serta antarabangsa.”

Kementerian berkenaan turut menegaskan bahawa semua penempatan adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan merupakan jenayah perang. Kementerian berkata bahawa “usaha terpencil Israel untuk menghalalkan perusahaan penempatan haramnya, dengan menghina resolusi PBB dan amaran berulang masyarakat antarabangsa, bertujuan untuk mengukuhkan lagi undang-undang penjajahan rejim apartheid dengan mengemukakan fakta baru sebagai alasannya.”

Turut menambah: “Negara Palestin mengulangi bahawa Israel, sebagai pihak penjajah, tidak mempunyai kedaulatan ke atas mana-mana bahagian Negara Palestin, termasuk Baitulmaqdis, malah sebarang percubaan untuk mengubah komposisi demografi atau status undang-undang agar diperakui secara universal adalah terbatal.

Kementerian Luar berkata, “Kecurian tanah adalah projek nasional Israel, yang dilakukan oleh setiap cabang kerajaan Israel yang diselia oleh pegawai Israel. Negara Palestin akan memastikan penjajah Israel dan pegawainya bertanggungjawab sepenuhnya atas perusahaan penempatan haram, jenayah yang ditimbulkan dan keganasan militia pendatang haram.”

Majlis Keselamatan PBB mesti bertindak mengikut resolusinya, termasuk 2334, dan meminta pegawai Israel serta Israel bertanggungjawab atas jenayah mereka. Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mesti menegakkan kewajipannya dan segera mengadakan persidangan antarabangsa dengan tujuan menamatkan penjajahan haram Israel dan memastikan rakyat Palestin menggunakan hak mereka untuk menentukan nasib sendiri dalam Negara merdeka mereka.”

Ia menekankan bahawa negara "tidak boleh mengiktiraf situasi yang menyalahi undang-undang atau memberikan bantuan dalam keadaan ini serta mesti memastikan Israel patuh dan tunduk kepada undang-undang kemanusiaan antarabangsa."

Kementerian Luar menyimpulkan kenyataannya dengan menekankan bahawa “penjajahan haram Israel dan perusahaan penempatan haram adalah punca ketidakadilan yang berlarutan ini. Jenayah haram Israel harus dibongkar secara keseluruhan malah menamatkan penjajahan haramnya. Negara Palestin tidak akan berputus asa dalam usaha politik, diplomatik dan undang-undangnya bagi memastikan hak rakyat Palestin dikembalikan dan kemerdekaan dipenuhi.”
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,657,322
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....