000000
X
PALESTIN
Setiausaha Agung PBB Tegaskan Petempatan Yahudi adalah Haram
Oleh: Rusydan Yusup
16 Februari 2023 | 10.48 malam
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres mengulangi pada hari Isnin bahawa "semua petempatan Israel adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan merupakan halangan besar kepada keamanan."

Guterres mengeluarkan komen tersebut sambil menyatakan kebimbangan yang mendalam mengenai pengumuman kerajaan Israel bahawa ia "menghalalkan" sembilan pos petempatan haram Yahudi di Tebing Barat.

Pos sedemikian adalah haram di bawah undang-undang antarabangsa dan juga Israel.

“Jika langkah-langkah ini dilaksanakan, ia akan menjejaskan lagi prospek untuk penyelesaian dua negara,” kata jurucakap Guterres kepada wartawan.

Ketua PBB menyeru untuk menghentikan langkah-langkah unilateral yang menjejaskan prospek penyelesaian politik berdasarkan resolusi PBB, undang-undang antarabangsa, dan perjanjian dua hala.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,526
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....