000000
X
PALESTIN
Hamas kecam Zionis Knesset meluluskan rang undang-undang penarikan status kewarganegara
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
16 Februari 2023 | 8.48 pagi
PALESTIN - Pergerakan Kebangkitan Islam "Hamas" mengecam tindakan Zionis "Knesset" meluluskan rang undang-undang penjajahan perkauman yang bertujuan untuk menghantar pulang tawanan Baitulmaqdis dan pejuang Palestin sejak penjajahan tahun 1948, di bawah akta kewarganegaraan dengan mewujudkan penarikan status penduduk tetap dengan alasan penentangan mereka terhadap tentera rejim dan dasar perkaumannya. 

Dalam satu kenyataan akhbar pada petang Rabu, pergerakan itu menganggap undang-undang Zionis sebagai pencabulan berterusan terhadap hak rakyat Palestin di tanah mereka dan tanah air bersejarah mereka serta mengkukuhkan dasar penjajahan Yahudi secara terbuka untuk mengusir rakyat Palestin secara paksa. 

Beliau menegaskan bahawa tindakan antarabangsa dan PBB diperlukan sebagai langkah tegas menolak undang-undang penjajahan perkauman tersebut dan mengambil langkah hukuman yang perlu terhadap entiti Zionis itu kerana berulang kali melanggar piawaian hak asasi manusia yang paling asas. 

Hamas turut menegaskan bahawa rakyat Palestin di Baitulmaqdis dan tanah yang dijajah sejak tahun 1948 akan kekal terikat dengan tanah dan tanah air mereka serta komponen penting rakyat Palestin, identiti mereka bahkan tamadun mereka yang meluas sepanjang sejarah. 

Beliau menyatakan bahawa rakyat Palestin tidak akan gentar dengan undang-undang perkauman sewenang-wenangnya, malah akan meneruskan perjuangan mereka menentang penjajahan dan dasar fasisnya serta kekal sebagai perisai pelindung untuk tanah bertuah Palestin demi untuk kesucian tanah penuh bersejarah itu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,393
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....