000000
X
PALESTIN
Serangan Nablus: Seorang Maut 7 Cedera
Oleh: Rusydan Yusup
14 Februari 2023 | 1.45 tengahari
NABLUS - Seorang lelaki Palestin terbunuh awal Isnin, manakala 7 lagi cedera, semasa serbuan tentera Israel di bandar Nablus, Tebing Barat yang diduduki, lapor agensi berita rasmi WAFA.

Pertubuhan Bulan Sabit Merah Palestin berkata dalam satu kenyataan bahawa Ameer al-Bustami terbunuh oleh tembakan Israel semasa serbuan itu.

Satu unit besar tentera Israel menyerbu bandar itu dan mengepung sebuah bangunan awam di Jalan Sufian, di tengah-tengah tembakan sengit.

Ahmad Jibril, ketua Jabatan Kecemasan dan Ambulan Bulan Sabit Merah Palestin berkata bahawa tentera Israel menahan dua orang rakyat Palestin selepas menembak mereka di bangunan sekitar kawasan tersebut.

Jibril menambah bahawa tiga orang sukarelawan Bulan Sabit Merah masih terperangkap di dalam bangunan yang dikelilingi selepas tentera Israel kembali ke tempat kejadian.

Dengan pembunuhan al-Bustami, jumlah rakyat Palestin yang telah dibunuh oleh tentera Israel sejak awal 2023 telah meningkat kepada 47, termasuk 10 orang kanak-kanak dan seorang wanita berusia 61 tahu
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,097
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....