000000
X
PALESTIN
Presiden Abbas Biaya Pengajian Kembar 4
Oleh: Mohd Qutaibah Ismail
2 Ogos 2022 | 9.27 AM
GAZA - Presiden Mahmoud Abbas semalam memanggil 4 kembar daripada keluarga Zaqzouq bagi mengucapkan tahniah kepada mereka kerana lulus peperiksaan tawjihi sekolah menengah dengan gred tinggi. Beliau memaklumkan bahawa pendidikan universiti mereka akan dilindungi oleh pejabatnya.

Ibu mereka telah syahid dalam serangan Israel ke atas Gaza tahun lalu.

Keempat mereka terdiri daripada tiga lelaki dan seorang perempuan, mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, keputusan mereka diterbitkan pada hari Sabtu, di mana anak perempuan dan seorang dari anak lelaki mendapat gred lebih 93 peratus, manakala dua lagi anak lelaki mendapat 80 dan 70 markah ke atas.

Lebih 85,000 pelajar di Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur dan Semenanjung Gaza menduduki peperiksaan tahun ini dengan kadar kejayaan lebih 68 peratus. - WAFA
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,667,672
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....