000000
X
PALESTIN
Israel meratifikasi undang-undang bagi membatalkan pemindahan empat penempatan haram di utara Tebing Barat
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
13 Februari 2023 | 11.10 pagi
TEL AVIV –Jawatankuasa Perundangan Menteri Israel semalam meluluskan rang undang-undang untuk membatalkan pemindahan empat penempatan haram di utara Tebing Barat.

Perbincangan petang semalam berlansung untuk menyelesaikan rancangan untuk menghalalkan pos penempatan haram secara rawak di Tebing Barat serta meluluskan rancangan untuk mengembangkan penempatan haram termasuk membina beribu-ribu unit penempatan baharu, menurut laman web berita Arab 48.

Undang-undang untuk membatalkan pemindahan empat penempatan haram di utara Tebing Barat menunjukkan pendatang haram kembali ke penempatan berkenaan selepas keberaadaan mereka dibongkar. Empat penempatan itu ialah Ganim, Kadim, Homesh dan Sanor.

Undang-undang itu akan diundi dalam bacaan awal di Knesset Rabu ini. Ia akan berkuat kuasa jika pengundian memihak kepada tiga bacaan.

Rang undang-undang itu bertujuan untuk membenarkan penempatan haram semula dan pergerakan bebas pendatang haram di kawasan itu seterusnya membenarkan perancangan dan pembinaan semula penempatan haram yang dipindahkan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,654,903
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....