000000
X
PALESTIN
Solidariti Palestin: Barcelona Tamatkan Hubungan dengan Israel
Oleh: Rusydan Yusup
10 Februauri 2023 | 1.02 tengahari
Barcelona telah "memutuskan hubungan dengan Israel" dan menamatkan hubungan dengan Tel Aviv pada hari Rabu, bagi menunjukkan solidariti dengan rakyat Palestin, lapor The New Arab.

Majlis Perbandaran Barcelona berkata keputusan itu adalah "untuk menjemput mereka bekerja untuk keamanan" selepas berbulan-bulan kempen dijalankan oleh kesatuan sekerja dan organisasi masyarakat.

Dua bulan lalu, gabungan persatuan bandar bernama 'Prou Complicitat' - Bahasa Catalan untuk " Cukuplah Kerumitan" - mengemukakan petisyen untuk meminta Dewan Perbandaran Barcelona memutuskan hubungannya dengan negara Israel dan mengukuhkan kerjasama dan sokongan terhadap rakyat Palestin.

Lebih 100 NGO tempatan dan 4,000 penduduk menandatangani petisyen untuk melobi parlimen Catalan mengambil langkah bersejarah itu.

Pada hari Rabu, Datuk Bandar secara rasmi menerima petisyen tersebut.

“Jumlah dan beratnya pelanggaran (undang-undang) yang didokumentasikan di wilayah Palestin telah memasuki tahap wewenang yang baru,” kata Datuk Bandar Ada Colau dalam surat kepada PM Israel Benjamin Netanyahu.

"Saya tidak boleh berdiam diri dalam menghadapi pelanggaran secara sistematik hak asasi manusia rakyat Palestin."

Pertubuhan Palestin memuji langkah itu sebagai "kemenangan untuk Palestin".

Barcelona merupakan ibu kota Catalonia, sebuah wilayah autonomi di Sepanyol dengan sentimen pro-kemerdekaan yang kuat, dan telah menyatakan sokongan kepada rakyat Palestin pada masa lalu.

Parlimen Catalan menjadi yang pertama di Kesatuan Eropah (EU) yang secara rasmi mengiktiraf bahawa "Israel melakukan jenayah apartheid terhadap rakyat Palestin".
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,676,109
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....