000000
X
PALESTIN
Sebarang gempa bumi yang kuat akan menjejaskan Masjid Al-Aqsa dan bangunannya - Penyelidik Sejarah
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
10 Februari 2023 | 10.54 pagi
BAITULMAQDIS - Penyelidik sejarah Baitulmaqdis, Ihab Al-Jallad, memberi amaran tentang bahaya besar yang mengancam Masjid Al-Aqsa sekiranya berlaku gempa bumi kuat di Palestin, sama seperti yang melanda Turki dan Syria yang membawa kepada ribuan kematian dan kecederaan serta kemusnahan beratus-ratus bangunan. 

Penyelidik, Al-Maqdisi, dalam satu kenyataan eksklusif kepada (Shehab) News Agency, semalam, 9 februari 2023, bahawa "bahaya semakin meningkat memandangkan penggalian tentera rejim yang berterusan di bawah Al-Aqsa, serta penyelenggaraan berkala dan kerja-kerja pembinaan semula masjid telah dihalang." 

Menurut Al-Jallad, tentera rejim telah menyebabkan tambahan kepada bahaya dengan keadaan cuaca yang secara semulajadi hingga boleh menjejaskan bangunan lama dengan mengatakan bahawa tiada kerja pemeriksaan dan penyelenggaraan dijalankan ke atasnya untuk beberapa tahun." 

Al-Jallad menunjukkan keseriusan kekurangan alat pengukur untuk keselamatan lapisan bawah di bangunan Al-Aqsa dengan menekankan betapa pentingnya mempunyai peralatan teknologi khusus untuk memerhatikan sebarang "anjakan" yang mungkin berlaku dalam bahagian asas masjid. Hal ini adalah untuk mengelakkan kejatuhan mana-mana dinding atau bangunan, sebelum terlambat. 

Beliau turut menambah, penggalian baru di sebelah selatan Al-Aqsa, terletak khususnya di bawah istana Umayyah, adalah yang terbesar dan paling berbahaya pada masa ini dengan menunjukkan bahawa ia membawa kepada keretakan di dinding masjid dan beberapa batunya jatuh. 

Pengkaji, Al-Maqdisi, menunjukkan kemerosotan dalam peranan Wakaf Islam Jordan di Masjid Al-Aqsa sedikit demi sedikit, menunjukkan bahawa Jordan tidak mampu menggugat dasar dan prosedur penjajahan Israel.

Beberapa hari lalu, sumber Baitulmaqdis melaporkan bahawa batu jatuh dari bahagian luar Kubah Masjid Al-Aqsa berikutan penerusan penggalian oleh tentera rejim di satu pihak serta pencegahan kerja-kerja pemulihan dan penyelenggaraan di sisi lain.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,530
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....