000000
X
PALESTIN
Hamas hadiri perbincangan berkaitan perjuangan Palestin dengan kepimpinan Mesir
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
9 Februari 2023 | 11.28 pagi
KAHERAH - Ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh, tiba di ibu kota Mesir, Kaherah petang Rabu, 8 Februari 2023, dengan mengetuai delegasi dari pimpinan pergerakan itu.

Delegasi tersebut hadir dengan tujuan mengadakan perbincangan dengan pimpinan Mesir mengenai beberapa perkembangan terutama berkaitan perjuangan Palestin. 

Delegasi termasuk Sheikh Saleh Al-Arouri, Naib Presiden Pergerakan, Encik Khaled Meshaal, Ketua Pergerakan Luar Negara dan Dr. Khalil Al-Hayyah, ketua Biro Hubungan Arab dan Islam, dan Jurutera Rawhi Mushtaha, ahli biro politik pergerakan itu. 

Delegasi itu akan membincangkan dengan kepimpinan Mesir tentang langkah-langkah berbahaya yang diambil oleh tentera rejim di kota Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa serta peningkatan keganasan dan pembunuhan terhadap rakyat Palestin. Antara perkara lain yang dibincangkan adalah termasuk keadaan pengepungan di Semenanjung dan cara untuk menangani langkah-langkah berbahaya ini serta apa yang sedang dirancang oleh kerajaan pelampau di Tel Aviv.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,675,720
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....