000000
X
PALESTIN
Ben-Gvir Desak Peningkatan 5 Kali Ganda Permit Senjata
Oleh: Rusydan Yusup
8 Februari 2023 | 1.39 tengahari
Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir berjanji pada hari Selasa untuk meneruskan peningkatan sebanyak lima kali ganda dalam permit senjata susulan serangan maut di Baitul Maqdis Timur bulan lalu yang mengorbankan tujuh orang, lapor Reuters. 

Kenyataan daripada Parti Kuasa Yahudi yang dianggotai Ben-Gvir berkata bahawa  beliau telah mengarahkan Jabatan Pelesenan Senjata Api mempercepatkan pengeluaran permit baharu dari sekitar 2,000 sebulan kepada 10,000.

Orang awam secara terbuka membawa pistol dalam sarung di pinggul mereka dan tentera tidak bertugas dengan senjata perkhidmatan mereka merupakan pemandangan biasa di Israel dan di petempatan Yahudi di Tebing Barat yang dijajah. Ben-Gvir berikrar untuk meningkatkan bilangan permit secara drastik selepas serangan pada 27 Januari oleh seorang lelaki bersenjata Palestin.

Sehari selepas serangan itu, seorang budak lelaki Palestin berusia 13 tahun melepaskan tembakan ke arah sekumpulan orang yang lalu lalang di daerah Silwan Baitul Maqdis, mencederakan dua orang sebelum orang awam bersenjata membalas, mencederakan dia.

Menteri-menteri Israel telah memetik tindakan orang awam itu untuk menyokong rancangan mereka bagi memperluaskan pemilikan senjata api tetapi, minggu lalu, Pesuruhjaya Tinggi Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, Volker Tuerk, memberi amaran bahawa rancangan itu hanya akan membawa kepada lebih banyak keganasan dan pertumpahan darah.

Ramai rakyat Israel sudah biasa dengan senjata api melalui perkhidmatan ketenteraan wajib hampir menyeluruh di negara itu tetapi mereka yang ingin memiliki senjata dalam kehidupan awam mesti memenuhi beberapa keperluan kerajaan yang ketat.

Dalam kebanyakan kes, hanya pistol dibenarkan dan lesen diberikan bergantung sejauh mana mereka yang memohon telah melengkapkan latihan senjata api.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,336
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....