000000
X
PALESTIN
Palestin Sertai Usaha Menyelamat di Syria, Turkiye Susulan Gempa Bum
Oleh: Rusydan Yusup
7 Februari 2023 | 2.09 petang
Palestin menyertai banyak negara lain, yang menghantar penyelamat ke wilayah Turkiye dan Syria yang musnah akibat gempa bumi yang berlaku.

Pasukan pertahanan awam dan perubatan Palestin akan dihantar ke Turkiye dan Syria untuk membantu operasi menyelamat susulan gempa bumi kuat yang melanda wilayah itu, kata Perdana Menteri Pihak Berkuasa Palestin (PA), Muhammad Shtayyeh, dalam satu kenyataan pada Isnin.

“Urusan yang diperlukan telah dibuat dengan negara Syria dan Turki untuk menyambut ketibaan pasukan penyelamat bagi memudahkan akses ke kawasan yang terjejas dan memberikan bantuan kepada mangsa gempa bumi,” kata Shtayyeh.

Operasi itu akan diselaraskan oleh Agensi Kerjasama Antarabangsa Palestin (PICA).

"Pasukan Tindak Balas Pantas dan Menyelamat Palestin akan mengambil bahagian dalam usaha berterusan bagi menyokong penduduk kawasan yang musnah terjejas akibat gempa bumi," PICA mengumumkan dalam satu kenyataan.

Lebih 2,700 orang terbunuh dan ribuan lagi cedera selepas gempa bumi kuat 7.8 pada skala Richter melanda Turkiye dan Syria awal Isnin.

Beberapa gempa susulan kuat telah dirasai di seluruh rantau ini selama beberapa jam selepas gempa pertama.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,677,323
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....