000000
X
PALESTIN
Briged Jihad Islami sampaikan takziah atas kesyahidan Qalalwa
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
4 Februari 2023 | 10.43 malam
NABLUS - Briged Jihad Islami merakamkan kesedihan mereka terhadap kesyahidan Abdullah Samih Qalalwa, 26 tahun, yang berasal dari Kota Jenin. Beliau syahid akibat ditembak peluru oleh Zionis Israel berhampiran Hawara, selatan bandar Nablus, utara Tebing Barat.

Dalam satu kenyataan akhbar, Briged Jihad Islami menegaskan bahawa pembunuhan secara dingin terhadap rakyat Palestin ini akan menyalakan api kemarahan rakyat terhadap Zionis Israel. Jihad Islami juga, dalam kenyataan yang sama, memuji rakyat Palestin yang sentiasa berjuang menentang penjajah.

Briged juga menyalahkan seluruhnya terhadap Zionis Israel atas segala jenayah yang berlaku dan menyampaikan takziah kepada keluarga Qalalwa. Dalam pada itu, Kementerian Kesihatan Palestin mengumumkan kesyahidan Abdullah Samih Qalalwa pada petang Jumaat, 3 Februari 2023, selepas ditembak oleh Zionis Israel dan di bawa ke pusat pemeriksaan Hawara.

Sumber tempatan melaporkan bahawa Zionis Israel melepaskan tembakan ke arah Qalalwa atas dakwaan beliau cuba merampas senjata salah seorang tentera Zionis.

Bulan Sabit Merah Palestin memberitahu bahawa pihak mereka menerima jasad Asy-Syahid Abdullah Qalalwa dan terus dipindahkan ke Hospital Rafidia. Dalam minggu lalu, tindakan penentangan dan konfrontasi meningkat dan saling berbalas tembakan antara rakyat Palestin dan Zionis Israel, serta membaling bom.

Dalam tempoh 27 Januari lalu sehingga 2 Februari, Pusat Maklumat Palestin (Maata) mencatatkan kematian lima warga Palestin, lapan kematian Zionis Israel dan kecederaan sebanyak 22.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,697
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....