000000
X
PALESTIN
Sudah tiba masanya tamatkan sekatan Israel
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
3 Febuari 2023 | 02.30 petang
Pada lawatan pertama mereka ke Gaza pada 2023, diplomat Eropah hari ini menyeru Israel untuk menamatkan sekatan selama 17 tahun di Semenanjung Gaza.

Semasa lawatan itu, 15 Ketua Perwakilan Kesatuan Eropah bertemu pegawai Pihak Berkuasa Palestin, melawat Jabalia Preparatory Girls School di mana mereka diberi penerangan oleh Agensi Bantuan dan Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin (UNRWA) dan melawat projek pembinaan semula yang dibiayai Mesir serta hospital Turki yang merawat pesakit kanser.

“Gaza kekal menjadi keutamaan bagi EU dan Negaranya. Keadaan kemanusiaan amat membimbangkan. Sudah tiba masanya untuk menamatkan sekatan Semenanjung, mencapai perdamaian Palestin dan memperbaharui legitimasi demokrasi. EU bersedia untuk menyokong proses kritikal ini,” kata Misi EU dalam tweet.

Israel mengenakan sekatan darat, laut dan udara di Semenanjung Gaza, di mana lebih dua juta orang mengalami kesempitan, sesak dan telah melalui empat peperangan dahsyat sejak 2006 dari Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,771
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....