000000
X
PALESTIN
Pemilik tanah Palestin failkan bantahan terhadap rancangan AS bina kedutaan AS atas tanah Palestin
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
31 Januari 2023 | 03.28 petang
ADALAH – Pusat Undang-undang untuk Hak Minoriti Arab di Israel semalam memfailkan bantahan kepada Jawatankuasa Perancang Daerah Baitulmaqdis, Duta Besar Amerika Syarikat ke Israel, Thomas R. Nides dan Setiausaha AS Negara Antony Blinken menentang rancangan untuk membina kedutaan AS di Baitulmaqdis di atas Tanah Palestin yang dirampas secara haram.

Bantahan itu difailkan oleh Pengarah Undang-undang Adalah Suhad Bishara bagi pihak 12 keturunan pemilik asal tanah  Palestin di mana Jabatan Negara sedang berusaha untuk membina bangunan kedutaan AS. Keturunan ini termasuk empat warga AS, tiga penduduk Jordan dan lima penduduk Baitulmaqdis Timur.

Israel merampas tanah daripada pemilik asal menggunakan ‘Undang-undang Harta Orang Tidak Hadir Israel 1950’. Rekod arkib, yang ditemui dalam Arkib Negara Israel dan diterbitkan oleh Adalah pada Julai 2022, jelas membuktikan bahawa tanah itu dimiliki oleh keluarga Palestin dan dipajakkan buat sementara waktu kepada pihak berkuasa Mandat British sebelum penubuhan Negara Israel pada 1948.

Surat bantahan itu dihantar kepada Duta Besar Amerika Syarikat ke Israel dan Setiausaha Negara AS, menekankan bahawa AS seolah memberi sokongan penuh terhadap rampasan haram Israel ke atas harta persendirian Palestin dan Jabatan Negara dan2 akan menjadi peserta aktif dalam melanggar hak milik persendirian warga negaranya sendiri.

Pelan Israel-AS telah diserahkan kepada pihak berkuasa perancangan Israel pada Februari 2022, di mana empat pegawai Jabatan Negara mengambil bahagian, seperti yang dirangka oleh firma seni bina Krueck Sexton Partners yang berpangkalan di Chicago, dengan kerjasama syarikat Israel Yigal Levy Architects.

Pegawai Jabatan Negara AS baru-baru ini mendakwa bahawa AS belum membuat keputusan sama ada untuk meneruskan rancangan pembinaan ini atau tidak dan mereka masih membuat keputusan antara penggunaan Berek Allenby atau 'tapak Arnona' alternatif yang sedang maju secara serentak, menyatakan bahawa mereka "belum memutuskan tapak mana yang hendak dituju". Walau bagaimanapun, Wakil Jabatan Negara menjelaskan bahawa "Jabatan Negara perlu membangunkan kedua-dua hartanah...Kami tidak boleh komited pada tapak ini atau itu sehingga kami mempunyai pemilikan dan pemilikan tapak tersebut...Setelah tapak dipilih, kami akan menggunakan tapak tersebut untuk Kedutaan dan kami akan menggunakan tapak lain juga. Kami memerlukan dua hartanah ini, kami mempunyai sejumlah besar pekerja di Israel.”

Dalam bantahan itu, Adalah berhujah bahawa rampasan tanah di mana Kompaun Diplomatik AS akan dibina melanggar undang-undang antarabangsa, khususnya, Perkara 46 Peraturan The Hague. Undang-undang  ini menyatakan keperluan untuk menghormati hak harta persendirian dan secara jelas melarang rampasan harta persendirian.

Adalah menekankan bahawa Undang-undang Harta Orang Tidak Hadir Israel 1950 adalah undang-undang yang paling mendiskriminasi dan zalim yang digubal di negara Israel. Undang-undang itu digubal dengan motif perkauman dan tujuan tunggalnya adalah untuk merampas aset rakyat Palestin dari kalangan  pelarian dan orang yang dipindahkan.

Adalah seterusnya berhujah bahawa pelaksanaan rancangan itu adalah melanggar undang-undang antarabangsa, sama seperti memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis dan mengisytiharkannya sebagai ibu negara Israel adalah pada peringkat pertama. Ini melanggar status istimewa bandar itu di bawah undang-undang antarabangsa. 

Di bawah resolusi Perhimpunan Agung PBB pula, Baitulmaqdis mempunyai status berasingan khas (corpus separatum). Memindahkan kedutaan ke Baitulmaqdis, tidak kira di mana ia akan ditempatkan, mengabaikan konsensus antarabangsa mengenai status istimewa bandar itu dan menandakan kelulusan pengilhakan haram Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,666,485
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....