000000
X
PALESTIN
Ben-Gvir Akan Perkenal Hukuman Mati untuk Rakyat Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
30 Januari 2023 | 1.25 tengahari
Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir telah mengumumkan rancangan untuk memperkenalkan undang-undang yang membenarkan hukuman mati terhadap rakyat Palestin, lapor media Israel.

Menurut The Times of Israel, ahli politik sayap kanan itu membuat pengumuman itu susulan mesyuarat kabinet keselamatan yang diadakan lewat malam Sabtu selepas serangan dilakukan di petempatan haram Yahudi yang mengorbankan tujuh warga Israel dan mencederakan tiga lagi.

Insiden tersebut berlaku sehari selepas serbuan paling berbahaya tentera Israel di Tebing Barat dalam beberapa tahun, yang menyebabkan sekurang-kurangnya 9 rakyat Palestin terbunuh dan 20 yang lain cedera.

"Saya harap ia akan lulus dengan majoriti yang besar," kata Ben-Gvir dalam satu kenyataan, sambil menambah bahawa langkah-langkah kabinet keselamatan yang baru diumumkan adalah "penting".

Beliau juga berkata beliau mahu: "lebih banyak lagi dan saya akan meneruskan dan akan berusaha untuk membuat lebih banyak keputusan untuk memerangi keganasan."

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu juga berkata kabinet keselamatan telah memutuskan beberapa siri langkah untuk "membanteras keganasan dan menuntut harga daripada pengganas dan penyokong mereka".

Tanpa memberikan butiran lanjut, beliau menambah bahawa langkah akan diambil untuk mengukuhkan petempatan haram Yahudi sebagai tindak balas kepada serangan yang dilakukan.

Pada bulan November, Ben-Gvir membuat pengenalan mengenai hukuman mati terhadap rakyat Palestin yang didapati bersalah membunuh warga Israel sebagai syarat untuk partinya menyertai kerajaan campuran Netanyahu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,626,137
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....