000000
X
PALESTIN
144 serangan pendatang Israel malam tadi di Nablus
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
29 Januari 2023 | 10.02 malam
Sebanyak 144 serangan dilakukan malam tadi oleh pendatang Israel terhadap orang awam Palestin dan harta benda mereka di wilayah Tebing Barat yang dijajah di Nablus hari ini, kata Ghassan Daghlas, seorang pegawai Palestin yang bertanggungjawab atas fail penempatan di wilayah itu.

Beliau memberitahu WAFA bahawa kumpulan pendatang bersikap fanatik itu membaling batu dan sebahagian mereka merosakkan sekurang-kurangnya 120 kenderaan di jalan raya, manakala enam kenderaan dibakar. Malah, sekurang-kurangnya 22 kedai milik rakyat Palestin diserang oleh pendatang di bandar Huwwara.

Daghlas berkata majoriti serangan tertumpu di bandar-bandar perkampungan Huwwara, Madama, Qusra, Jorish dan Majdal Bani Fadel.

Douglas memberi amaran tentang peningkatan serangan pendatang terhadap rakyat Palestin di seluruh Tebing Barat, dengan mencatat peningkatan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dalam kekerapan serangan pengganas terhadap warga Palestin dan harta benda mereka.

Serangan malam tadi adalah sebahagian daripada gelombang keganasan mereka yang berterusan dan digalakkan oleh kerajaan baru Israel berhaluan kanan Benjamin Netanyahu juga hasutan daripada menteri kabinet ultranasionalisnya Itamar Ben-Gvir dan Bezalel Smotrich.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,625,444
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....