000000
X
PALESTIN
Pendatang Israel terbunuh di dalam operasi tembakan
Oleh: Faris Al-Islami Bin Mohd Zalani
28 Januari 2023 | 9.51 malam
Seramai 7 orang pendatang Israel terbunuh dan 3 orang lagi cedera di dalam operasi tembakan di penempatan haram Israel Baitulmaqdis. Kejadian tersebut berlaku sehari selepas pembunuhan kejam Israel terhadap penduduk Palestin di kem pelarian Jenin.

Pelaksana operasi dikenal pasti sebagai Khairi Alqam seorang penduduk Palestin di kawasan kejiranan Al-Tur Baitulmaqdis. Beliau turut maut ditembak oleh tentera Israel.

Polis Israel berkata, Khairi tiba dengan menaiki kenderaan kira-kira pada pukul 8.15 malam ke penempatan haram Israel Neve Yaakov. Beliau kemudiannya melepaskan tembakan ke arah pendatang Israel sebelum melarikan diri dari tempat kejadian dengan berjalan kaki. Walaubagaimanapun beliau terserempak dengan tentera Israel dalam perjalanan dan beliau ditembak mati di tempat kejadian. 

Pendatang haram Israel berpindah ke Neve Yaakov ke Baitulmaqdis oleh tentera Israel  pada tahun 1967. Penempatan haram Israel di Tebing Barat dan Baitulmaqdis dianggap menyalahi undang-undang. 
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,675,164
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....