000000
X
PALESTIN
Pejuang Gaza Lancar Roket Sebagai Respon Pembantaian Jenin
Oleh: Rusydan Yusup
27 Januari 2023 | 2.48 petang
GAZA - Sejumlah roket dilepaskan pada waktu malam dari Gaza ke arah Israel, lapor media tempatan Palestin.

Akhbar Israel, Jerusalem Post berkata bahawa tentera Israel telah menembak jatuh dua buah roket, selepas penggera amaran diaktifkan di kawasan sekitar penempatan Zikim, Kibbutz Carmia dan bandar Ashkelon (Asqalan).

Serangan tersebut dilancarkan berikutan pembunuhan beramai-ramai oleh Israel di bandar Jenin dan kem pelarian bersebelahan dengannya di Tebing Barat.

Sembilan orang rakyat Palestin dibunuh oleh tentera Israel di Jenin, dan kira-kira sepuluh lagi cedera, dan sebahagian daripadanya kritikal.

Seorang rakyat Palestin yang kesepuluh turut dibunuh oleh Israel berhampiran Baitul Maqdis.

Walaupun tentera Israel mengatakan bahawa serbuan ke atas Jenin awal Khamis menyasarkan para pejuang Jihad Islami, pihak Hamas, Fatah dan Briged Jenin mengumumkan dalam kenyataan berasingan bahawa pejuang mereka menentang serangan Israel ke atas Jenin, yang berlangsung selama beberapa jam.

Jurucakap Pihak Berkuasa Palestin (PA), Nabil Abu Rudineh berkata bahawa PA telah membekukan 'penyelarasan keselamatan' antara PA dan Israel. Mereka juga akan membawa perkara tersebut di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC).

Sementara itu, kumpulan-kumpulan Palestin mengisytiharkan bahawa mereka bersedia untuk bertindak balas terhadap peningkatan kezaliman Israel di Tebing Barat, menyeru rakyat Palestin untuk menyertai penentangan terhadap pendudukan Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,573
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....