000000
X
PALESTIN
China Beri Amaran Kepada Israel Hentikan Provokasi
Oleh: Rusydan Yusup
17 Januari 2023 | 1.16 tengahari
Israel mesti "menghentikan hasutan dan provokasi", kata Menteri Luar China yang baharu, Qin Gang di Kaherah selepas pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Mesir, Sameh Shoukry.

Gang memberi amaran terhadap "mengambil tindakan unilateral yang boleh memburukkan keadaan".

Diplomat tertinggi China meletakkan Afrika sebagai keutamaan apabila beliau melawat lima negara berbeza tidak lama lagi selepas pelantikannya ke jawatan itu. Selain Mesir, lawatan itu termasuk Ethiopia, Gabon, Angola dan Benin.

Sementara itu, di Ramallah, Tebing Barat, penduduk Palestin mengebumikan mangsa terbaru, Ahmad Kahla, yang dibunuh pada pagi Ahad oleh tentera Israel berhampiran perkampungan Silwad, timur bandar itu.

Kahla, 45, adalah rakyat Palestin ke-13 dibunuh oleh Israel dalam tempoh dua minggu, khususnya sejak permulaan tahun baharu. Tiga daripada mangsa terbunuh semalam di kawasan Jenin, di utara Tebing Barat.

Pihak Berkuasa Palestin (PA) berkata Israel bertanggungjawab sepenuhnya terhadap jenayah yang sedang berlaku. Dalam pada itu, kumpulan politik Palestin mengecam "pelaksanaan hukuman di lapangan", yang dilakukan oleh tentera Israel di Tebing Barat.

Banyak kerajaan di seluruh dunia telah memberi amaran terhadap keganasan Israel yang berterusan. Amaran keras China kepada Israel menunjukkan bahawa dasar luar Beijing akan terus menyokong perjuangan Palestin.

Gang juga menyeru masyarakat antarabangsa untuk menggencarkan usaha ke arah penyelesaian dua negara, menghidupkan semula rundingan damai, dan menyokong penuh rakyat Palestin sehingga penyelesaian yang adil dapat dicapai.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,669,088
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....