000000
X
PALESTIN
PM menggesa 'pelindung Israel’ antarabangsa membuka mata dengan melihat jenayah yang dilakukan Israel
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
17 Januari 2023 | 10.20 pagi
RAMALLAH - Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh semalam merayu kepada masyarakat antarabangsa untuk membuka mata dan melihat jenayah yang dilakukan Israel setiap hari di wilayah Palestin yang dijajah.

Beliau yang bercakap pada pembukaan mesyuarat kabinet mingguan yang diadakan di Ramallah, berkata bahawa tentera dan pendatang haram Israel akan meneruskan jenayah mereka terhadap rakyat Palestin di semua bandar, pekan dan kem pelarian selagi mereka bebas daripada ancaman dan hukuman.

Baliau menggesa para "pelindung Israel" di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan platform antarabangsa "untuk membuka mata serta hati mereka dengan melihat jenayah yang dilakukan terhadap rakyat Palestin."

Beliau turut mengkritik kelulusan parlimen Israel terhadap undang-undang diskriminasi kaum dengan tujuan untuk mengekalkan penjajahan, pengyahudian serta menghilangkan hak sah rakyat Palestin, dengan menyebut, khususnya, "undang-undang darurat" perkauman, yang bertujuan untuk pengyahudian Barat serta undang-undang yang diluluskan dalam bacaan pertama yang menyeru untuk membatalkan kewarganegaraan dan pemastautin daripada aktivis Palestin secara terang-terangan melanggar konvensyen antarabangsa dan piagam hak asasi manusia.

Perdana Menteri juga mengecam percubaan kerajaan baharu Israel untuk menyerahkan kawasan besar tanah Palestin di Tebing Barat kepada pendatang haram dan merampas 70 rumah dan kedai di bandar lama Hebron, sebagai sebahagian daripada pencerobohan Israel terhadap rakyat Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,691
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....