000000
X
PALESTIN
Hamas sahkan identiti tahanan Israel di video tular sebagai Avera Mengistu
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
16 Januari 2023 | 9.50 malam
BAITUL MAQDIS - Pemimpin Hamas, Mahmoud Mardawi mengesahkan bahawa identiti tahanan dalam klip tular yang diterbitkan oleh Briged Al-Qassam merupakan tentera Israel yang hilang sejak 2014, Avera Mengistu.

Mardawi menambah bahawa tujuan video itu disebarkan sebagai mesej kepada tentera Israel dan pimpinan baharu Israel akan peluang yang terbuka dalam melaksanakan pertukaran tahanan dalam kadar yang segera.

Beliau juga menekankan klip video itu membuktikan tentera Zionis Israel masih berada di dalam cengkaman Briged Al-Qassam dan segala tipu daya Israel dalam mengelirukan orang awam gagal.

Mardawi menegaskan Hamas akan melakukan persiapan terbaik untuk membebaskan tahanan Palestin daripada penjara Zionis Israel tanpa berputus asa dengan perjuangan mereka.

Dalam pada itu, mesej video Avera Mengistu yang tular itu juga mempamerkan persoalannya terhadap tentera Israel dengan bertanyakan tempoh tentera Israel untuk membebaskannya bersama tahanan-tahanan Israel yang lain.

Mengistu berkata di dalam klip video itu, “Berapa lama lagi saya dan rakan-rakan terpaksa menghadapi penderitaan dan kesakitan ini? Dimanakah negara dan rakyat Israel yang akan membela nasib kami?”
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,526
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....