000000
X
PALESTIN
Israel mengeluarkan 5,820 arahan perobohan dan pengalihan struktur sejak 2015
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
15 Januari 2023 | 8.09 pagi
RAMALLAH - Suruhanjaya Penentangan Penempatan haram berkata semalam bahawa pihak rejim Israel telah mengeluarkan 5,820 arahan sejak 2015 untuk merobohkan dan mengalihkan bangunan serta kemudahan Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis dengan niat untuk menghentikan pembinaan, pengembangan dan pertumbuhan semula jadi Palestin di wilayah Palestin.

Dalam satu kenyataan mereka menyatakan bahawa kebanyakan arahan ini tertumpu di Hebron dengan 1584 pemakluman, diikuti oleh Bethlehem dengan 735 pemakluman, kemudian Ramallah dengan 704 pemakluman.

Ketua suruhanjaya itu, Moayad Shaaban berkata, pihak rejim Israel menggunakan perintah perobohan sebagai cara untuk menghalang pembangunan Palestin dan perluasan bandar, khususnya di kawasan yang diklasifikasikan sebagai C, yang berada di bawah kawalan penuh tentera Israel, dengan menghalang rakyat Palestin daripada bersiap sedia merancang struktur untuk kampung mereka malah tidak meluluskan perancangan yang telah diserahkan kepada kerajaan tentera Israel untuk kelulusan.

Beliau berkata Israel mahu menggunakan kawasan berkenaan yang mewakili 61% daripada keseluruhan kawasan Tebing Barat yang diduduki, untuk membina penempatan dan sebagai rizab geografi strategik masa depan.

Shaaban berkata tahun lepas mencatatkan rekod dalam jumlah arahan kepada rakyat Palestin, yang mencecah 1220 secara keseluruhan kepada semua gabenor Tebing Barat, termasuk Baitulmaqdis Timur menunjukkan peningkatan ketara berbanding tahun-tahun sebelumnya, dengan 875 perintah dikeluarkan pada 2021 dan 736 pada tahun 2020.

Beliau menegaskan bahawa rekod baharu itu merupakan tindakan rejim Israel untuk menangani pembinaan Palestin dan pertumbuhan semula jadi kampung dan bandar Palestin.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,639
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....