000000
X
PALESTIN
Terima kasih dari Palestin buat Afrika Selatan
Oleh: Mohd Qutaibah Ismail
28 Julai 2022 | 11.12 AM
AFRIKA SELATAN - Kementerian Luar Negeri dan Ekspatriat menyampaikan penghargaan khas kepada Presiden Siryl Ramphosa kerana menerima Menteri Riad Malki dan Menteri Luar Naledi Pandor atas penyertaannya dalam majlis perasmian persidangan itu.

Beliau berkata "satu penghargaan Negara Palestin kepada Republik persaudaraan Afrika Selatan kerana bermurah hati menjadi tuan rumah untuk persidangan Duta Palestin ke Afrika,".

Kata beliau "Ungkapan solidariti dan sokongan yang tidak ternilai serta kerjasama dua hala yang dicerminkan oleh mereka menyentuh hati semua rakyat Palestin, yang melihat perjuangan mereka untuk kebebasan selepas memperoleh kejayaan sebelum ini dalam menamatkan penjajahan kaum Afrika umumnya dan Afrika Selatan khususnya,".

"Ketika rakyat Palestin meneruskan perjuangan mereka menentang penjajahan dan pendatang, ia meningkatkan komitmen berprinsip Afrika Selatan dan negara-negara Afrika lain untuk terus melaksanakan solidariti aktif dengan Palestin di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan semua medium antarabangsa yang lain".

Beliau menambah: "Palestin akan terus bekerjasama dengan Afrika Selatan dan rakan-rakan lain di benua itu untuk memajukan nilai dan kepentingan bersama kami serta mengukuhkan hubungan kami di semua peringkat”.

"Rakyat Palestin akan terus mendapat inspirasi dan harapan daripada pengalaman hidup dan kejayaan rakyat di Afrika Selatan dan seluruh Afrika". - WAFA
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,161
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....