000000
X
PALESTIN
Larangan masuk Israel dan Tebing Barat dilanjutkan selama enam bulan
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
13 Januari 2023 | 11.24 tengahari
Larangan Israel terhadap kemasukan ke Tebing Barat terhadap gabenor Pihak Berkuasa Palestin Baitul Maqdis, Adnan Ghaith, dilanjutkan enam bulan lagi,semalam.

Ghaith memberitahu WAFA dalam panggilan telefon bahawa dia dimaklumkan mengenai lanjutan larangan itu oleh polis Israel yang menyerbu rumahnya di Baitul Maqdis pagi itu.

Beliau berkata keputusan ini adalah satu daripada empat yang dilanjutkan setiap empat atau enam bulan, termasuk larangan bertemu 51 tokoh Palestin, di atas senarai adalah Presiden Mahmoud Abbas, larangan memasuki Tebing Barat, tahanan di rumah dan larangan menyertai sebarang aktiviti di Baitul Maqdis Timur yang dijajah.

Seorang lagi aktivis Baitulmaqdis, Nasser Hidmi yang juga menjadi tahanan rumah di Baitul Maqdis, turut dimaklumkan semalam mengenai larangan perjalanan ke luar negara selama enam bulan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,823
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....