000000
X
PALESTIN
Israel panjangkan tempoh larangan perjalanan Gabenor Palestin ke Tebing Barat
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
13 Januari 2023 | 10.28 pagi
BAITULMAQDIS – Israel melanjutkan enam bulan lagi tempoh larangan perjalanan dan masuk ke Tebing Barat terhadap Gabenor Pihak Berkuasa Palestin Baitulmaqdis, Adnan Ghaith.

Ghaith memberitahu WAFA dalam panggilan telefon bahawa beliau dimaklumkan mengenai lanjutan larangan itu oleh polis Israel yang menyerbu rumahnya di Baitulmaqdis pagi semalam.

Beliau berkata keputusan ini adalah satu daripada empat larangan yang dilanjutkan setiap empat atau enam bulan, termasuk larangan bertemu 51 tokoh Palestin, termasuk dalam senarai adalah Presiden Mahmoud Abbas yang dilarang memasuki Tebing Barat juga larangan kepada tahanan rumah dan larangan menyertai sebarang aktiviti di Baitulmaqdis Timur.

Seorang lagi aktivis Baitulmaqdis, Nasser Hidmi, yang berada di bawah tahanan rumah di Baitulmaqdis, turut dimaklumkan semalam mengenai larangan perjalanan ke luar negara selama enam bulan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,663,252
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....