000000
X
PALESTIN
Ismail Haniyeh bertemu Tor Wennesland di Doha
Oleh: Nadhratul Hana’ Mohd Soberi
, 12 Januari 2023 | 8.21 malam
Doha - Ketua biro politik Hamas, Ismail Haniyeh bersama delegasinya menerima kunjungan Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Timur Tengah, Tor Wennesland dan beberapa timbalannya di Doha, Khamis, 12 Januari 2023.

Kunjungan itu bersifat perbincangan dua hala tentang perkembangan terkini isu Palestin, terutamanya isu pembentukan kerajaan haram Israel yang diketuai oleh parti sayap kanan Israel ekstrim serta tindakan mereka menyasarkan serangan ke atas Baitul Maqdis. Malah, kenyataan-kenyataan mereka mencerminkan niat dan rancangan agresif yang boleh membawa kepada pengeboman seluruh wilayah Palestin. 

Pertemuan itu juga membincangkan langkah-langkah mencapai perpaduan nasional Palestin dan menghentikan perpecahan bagi mengukuhkan barisan dalaman Palestin dalam menghadapi cabaran.

Dalam pertemuan itu juga, Haniyeh dan delegasinya meninjau tekanan serius yang ditimbulkan oleh kerajaan haram Israel sama ada tekanan ke atas Baitul Maqdis serta Al-Aqsa, lebih-lebih lagi selepas pencerobohan Ben Gvir baru-baru ini. Kerajaan haram Israel juga merancang menggabungkan Tebing Barat dan kawasan Palestin 1948 serta melancarkan sekatan di Semenanjung Gaza dan meningkatkan jumlah tahanan.

Dalam pada itu, Haniyeh menekankan persediaan untuk menghadapi tekanan agresif daripada Israel dengan membentuk kesatuan nasional, yang memerlukan perjanjian persefahaman seperti yang dicapai di Algeria.

Semasa pertemuan itu juga turut membincangkan perubahan yang sedang berlaku secara mendalam di peringkat serantau dan antarabangsa, termasuk kesan perang Ukraine, konflik mengenai sistem antarabangsa dalam pelbagai isu serta perbincangan utama iaitu perjuangan Palestin dan usaha dalam mendapatkan sokongan antarabangsa.

Selain Ismail Haniyeh, turut bersama dalam pertemuan bersama Wennesland ialah Dr. Musa Abu Marzouk, Ir. Nizar Awad Allah, Dr Khalil Al-Hayya dan Husam Badran.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,413
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....