000000
X
PALESTIN
OIC Kutuk Pencerobohan Al-Aqsa, Gesa UNSC Bertindak Segera
Oleh: Rusydan Yusup
11 Januari 2023 | 1.25 tengahari
Mesyuarat Terbuka Luar Biasa Jawatankuasa Eksekutif Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) telah diadakan pada hari Selasa untuk meneliti pencerobohan berterusan Israel terhadap Masjid Al-Aqsa, atas permintaan negara Palestin dan Kerajaan Hashemite Jordan, pegawai rasmi Agensi berita Palestin WAFA melaporkan.

Mesyuarat itu diadakan dengan penyelarasan Kerajaan Arab Saudi, Pengerusi Sidang Kemuncak Islam dan Jawatankuasa Eksekutif, di ibu pejabat OIC, di Jeddah.

Dalam satu kenyataan akhbar, OIC mengutuk “secara sekeras-kerasnya penyerbuan Masjidil Aqsa yang dirahmati  oleh seorang menteri dalam kabinet penjajah Israel, yang terkenal dengan sifat ekstremismenya.”

OIC memberi amaran konsekuensi serangan berterusan ini yang  "termasuk provokasi, penderaan berterusan, dan serangan serius setiap hari oleh pihak berkuasa penjajah Israel."

Pertubuhan antarabangsa itu juga menyeru “Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC), atas kapasitinya sebagai penjamin keamanan dan keselamatan antarabangsa, untuk memikul tanggungjawab dan bertindak segera untuk mengambil langkah-langkah yang perlu, tanpa pilih kasih atau standard berganda, bagi menghalang dan menghentikan peningkatan serangan Israel yang berbahaya.”

Dalam kenyataan itu, OIC juga menegaskan bahawa Al-Haram Al-Sharif "adalah tempat ibadat eksklusif untuk umat Islam, dilindungi oleh undang-undang antarabangsa dan status sejarah dan undang-undang" dan "peranan utama Jawatankuasa Al-Quds di bawah kepimpinan Duli Yang Maha Mulia Raja Mohamed VI, dari Maghribi, dalam mencabar langkah serius yang diambil oleh pihak berkuasa Israel.

OIC juga mengutuk "serangan berulang ke atas tempat-tempat suci Kristian dan harta bendanya" di kota Baitul Maqdis.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,399
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....