000000
X
PALESTIN
Ben-Gvir Larang Naikkan Bendera Palestin di Israel
Oleh: Rusydan Yusup
10 JANUARI 2023 | 1.58 PM
Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir, mengeluarkan arahan kepada ketua polis menyeru mereka supaya menanggalkan bendera Palestin yang terdapat di kawasan awam.

teri sayap kanan pelampau itu berkata bahawa beliau mengarahkan polis mengenakan larangan menaikkan bendera Palestin, atau mana-mana bendera yang menunjukkan hubungan dengan pertubuhan Palestin atau menghasut menentang Israel.

Perkara ini berlaku selepas laporan yang diterbitkan oleh media Israel, termasuk saluran peribadi Channel 12, menunjukkan peningkatan ketegangan antara Ben-Gvir dan polis selepas mereka tidak mengendahkan arahannya untuk menghalang perayaan sempena pembebasan tahanan Palestin Karim Younis yang menghabiskan 40 tahun di dalam penjara Israel.

Ben-Gvir juga mengeluarkan keputusan membatalkan peraturan oleh Omer Barlev dan Mickey Levy, yang membenarkan semua anggota Knesset bertemu dengan tahanan Palestin di penjara.

Ketua Parti Otzma Yehudit itu berkata beliau membatalkan peraturan bekas Menteri Keselamatan Awam Omer Barlev dan bekas MK Mickey Levy, yang membenarkan mana-mana anggota Knesset bertemu dengan banduan di penjara.

"Saya percaya bahawa pertemuan antara penggubal undang-undang Knesset dan banduan keselamatan boleh memberi rangsangan kepada banduan tersebut, yang mungkin membawa kepada hasutan dan promosi propaganda pengganas," kata Ben-Gvir.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,661,633
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....