000000
X
PALESTIN
Israel musnah 51 Buah Bangunan Rakyat Palestin Hanya Dalam Dua Minggu
Oleh: Faris Zailani
27 Julai 2022 | 2.19 PM
BAITUL MAQDIS - Dalam masa dua minggu sahaja, tentera Israel telah memusnahkan dan memaksa rakyat Palestin untuk merobohkan sebanyak 51 buah bangunan milik rakyat Palestin di timur Baitul Maqdis. Laporan tersebut diberikan oleh pejabat PBB di wilayah Palestin yang terjajah.

Di Dalam laporan mingguan “Laporan Perlindungan Orang Awam” yang dikeluarkan oleh Penyelaras Hal Ehwal Kemanusiaan (OCHA) mengesahkan bahawa Israel telah merobohkan sebanyak 51 buah bangunan milik rakyat Palestin. Manakala empat daripada 51 buah bangunan tersebut merupakan bangunan yang disumbangkan oleh sumbangan orang ramai.

Menurutnya lagi, seramai 40 orang termasuk 21 kanak-kanak telah dipindahkan, manakala seramai 500 orang lagi terjejas akibat perobohan bangunan tersebut.

47 buah bangunan di kawasan tersebut dan dua lagi di kawasan selatan Hebron telah menjadi kawasan “serangan” dan tempat tentera Israel berlatih dan melepaskan serangan. Kawasan tersebut menjadi kawasan kawasan berisiko untuk didiami dan penduduk disana bakal berpindah ke tempat yang lebih selamat.

Pada 5 Julai yang lalu, Israel telah memusnahkan 200 meter dinding konkrit yang melindungi kemudahan ‘rizab air semulajadi’ di Nablus atas alasan bangunan tersebut tiada permit yang mencukupi. Akibat daripada kemusnahan tersebut, injap air mengalami kerosakan dan seluruh rangkaian saluran air musnah.

Kerosakan rangkaian saluran air tersebut memberi kesan kepada sekurang-kurangnya 2 buah keluarga di kawasan yang terjejas.

Menurut laporan OCHA lagi, tentera Israel telah memusnahkan empat buah bangunan di bahagian timur Jerusalem  termasuk sebuah rumah yang dimusnahkan sendiri oleh pemilik mereka untuk mengelak daripada membayar cukai yang berlebihan kepada Israel. – Quds News
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,655,620
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....