000000
X
PALESTIN
Pendatang Israel memusnahkan sekitar 40 anak pokok zaitun di timur Qalqilia
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
09 Januari 2023 | 04.02 petang
Penduduk Israel petang semalam memusnahkan anak pokok zaitun milik seorang penduduk Palestin berhampiran perkampungan Hajja di sebelah timur Qalqilia, menurut sumber tempatan.

Sumber memberitahu WAFA beberapa pendatang Israel memusnahkan sekitar 40 anak pokok zaitun milik seorang penduduk tempatan di timur kampung tersebut.

Vandalisme pendatang Israel di Tebing Barat yang dijajah adalah rutin malah dilakukan dengan sokongan penuh oleh pihak berkuasa Israel, kata kumpulan hak asasi manusia Israel B'Tselem.

“Keganasan dan vandalisme pendatang berlaku dengan sokongan penuh pihak berkuasa Israel. Kadangkala tentera mengambil bahagian dalam serangan itu dan kadangkala mereka berdiam diri. Polis tidak melakukan sebarang usaha besar untuk menyiasat kejadian tersebut atau tidak mengambil langkah untuk menghalangnya,” katanya.

Israel mendapat manfaat daripada kesan itu, kerana keganasan pendatang telah beransur-ansur melucutkan hak rakyat Palestin di banyak kawasan di Tebing Barat, bagi membuka jalan untuk pengambilalihan tanah dan sumber negara, kata B'Tselem.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,984
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....