000000
X
PALESTIN
Duta PBB Israel: "PA Adalah Musuh Israel"
Oleh: Rusydan Yusup
9 Januari 2023 | 2.11 petang
Gilad Erdan, duta Israel ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), pada hari Jumaat menyifatkan Pihak Berkuasa Palestin (PA) sebagai "musuh" Israel dan duta PA ke PBB, Riyad Mansour, sebagai "wakil musuh."

Bercakap kepada Penyiar Awam Israel Kan, Erdan mengisytiharkan bahawa PA adalah "musuh kita" dan Mansour: "Merupakan wakil musuh yang membayar pengganas, yang menghasut, yang membawa kepada pembunuhan orang awam yang tidak bersalah."

Di Twitter, Erdan menulis: "PA menyebabkan pembunuhan dua orang Israel yang tidak bersalah dan PA pada masa ini dianggap sebagai musuh Israel."

Beliau mendakwa Mansour telah menyerangnya semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, yang diadakan untuk membincangkan isu gangguan kesucian Masjid Al-Aqsa oleh Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir.

Semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, Mansour mempersoalkan: "Garisan merah manakah yang harus dilanggar oleh Israel untuk Majlis Keselamatan PBB mengatakan cukup? Bilakah anda akan berhenti?"

Erdan, semasa mesyuarat Majlis Keselamatan PBB, juga berkata: "Kami di sini membincangkan lawatan aman selama 13 minit seorang menteri Yahudi ke tapak Yahudi paling suci di bawah kedaulatan demokrasi liberal Israel. Pertemuan ini (bagaimanapun) menimbulkan suasana cemas pada isu yang tidak berlaku.”

Di Twitter, beliau menulis: "Setiap orang Yahudi berhak untuk melawat Kuil Suci (Masjid Al-Aqsa)."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,677
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....