000000
X
PALESTIN
Projek "Greater Jerusalem" Sasar Bina 1446 Unit Penempatan Yahudi
Oleh: Hanis Zakwan Zainal Abidin
27 Julai 2022 | 12.30 PM
BAITUL MAQDIS - Kerajaan rejim penjajah Israel membentangkan projek “Greater Jerusalem”, satu perancangan terbaharu mereka untuk membina lebih daripada 1446 unit penempatan di kota Baitulmaqdis yang dijajah.

Jawatankuasa Perancangan Pusat Untuk Jerusalem, di bawah Kementerian Dalam Negeri Israel bersetuju untuk memulakan projek itu di antara penempatan haram Har Homa dan Givat Hamatos.

Kerajaan Israel telah mengeluarkan tender untuk pembinaan 83 unit rumah di penempatan haram Givat Hamatos sejurus selepas lawatan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden ke Palestin. Ia terletak di bukit Abu Ghonaim, 813 meter dari aras laut.

Sejak 1967, rejim penjajah Israel telah membina banyak penempatan haram di dalam dan sekitar kota Baitulmaqdis yang dinamakan: Ramat Eshkol, Givat Hamiftar, Ramot Shlomo, French Hill, Neve Yacoub, Pisgat Zeev, East Talbot, Gilo, and Har Homa - yang di duduki seramai 250,000 orang Yahudi.

Penerusan projek rejim penjajah Israel ini akan menjadikan keseluruhan Baitulmaqdis di bawah jajahan mereka. Kewujudan Orang arab dan Palestin hanya di Masjid Al-Aqsa dengan tujuan beribadah sahaja. – The Palestinian Information Centre
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,206
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....