000000
X
PALESTIN
Ben-Gvir rancang batalkan peraturan yang membenarkan penggubal undang-undang melawat tahanan Palestin
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
9 Januari 2023 | 11.14 pagi
TEL AVIV– Menteri Keselamatan Israel, Itamar Ben-Gvir semalam mengumumkan bahawa beliau merancang untuk membatalkan peraturan yang membenarkan mana-mana penggubal undang-undang bertemu dengan pejuang kemerdekaan Palestin yang dipenjarakan di penjara Israel.

Dalam satu kenyataan, Ben-Gvir telah memaklumkan hasrat beliau untuk kembali kepada protokol yang lama. Perkara itu dimaklumkan kepada Speaker Knesset Amir Ohana, yang mana hanya seorang penggubal undang-undang dari setiap pihak akan dibenarkan melawat tahanan Palestin, dengan syarat lawatan diadakan di bawah penyeliaan yang ketat.

Ben Gvir sendiri telah disabitkan kesalahan beberapa kali kerana menyokong keganasan Yahudi malah menghasut perkauman terhadap orang Arab dan bukan Yahudi.

Minggu lalu, Ben Gvir melawat Penjara Nafha keselamatan tinggi yang baru diubah suai untuk mengkaji keadaan penjara tahanan politik Palestin dengan merancang memastikan keadaan penjara tidak bertambah baik.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,383
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....