000000
X
PALESTIN
Takungan Air Dirampas
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
9 Januari 2023 | 10.57 pagi
TULKAREM – Pasukan rejim Israel semalam merampas bumbung menara takungan air utama di perkampungan Khirbet Jubara, selatan Tulkarem di Tebing Barat dengan menjadikannya pusat pemerhatian tentera.

Ketua majlis kampung, Raed Mahmoud, memberitahu WAFA bahawa askar Israel memecahkan pintu utama menara dan mengambil alih bumbung di mana takungan air utama kampung itu disimpan dan menjadikannya tempat pemerhatian tentera.

Beliau menyatakan bahawa dalam beberapa hari lalu, tentera Israel memecah masuk ke menara dan menjadikan bumbungnya sebagai tempat pemerhatian tentera selama tiga jam berterusan, dengan tujuan memantau pergerakan pekerja Palestin yang cuba sampai ke tempat kerja mereka di dalam Israel.
Kongsi:
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,674,143
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....