000000
X
PALESTIN
Israel batalkan permit masuk ke Israel terhadap tiga pegawai kanan Fatah
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
08 Januari 2023 | 12.30 tengahari

Menteri Pertahanan Israel Yoav Galant semalam mengeluarkan keputusan membatalkan permit masuk Israel terhadap tiga pegawai kanan Fatah sejurus selepas mereka menziarahi seorang tahanan veteran Palestin yang dibebaskan pada Khamis selepas menghabiskan 40 tahun di penjara Israel di Karim Younis.
 
Kenyataan Kementerian Pertahanan Israel berkata Galant mengarahkan Penyelaras Aktiviti Kerajaan Israel di Tebing Barat, Ghassan Alian, untuk membatalkan permit masuk Israel Mahmoud Al-Aloul, Azzam Al-Ahmad dan Rawhi Fattouh, kesemua mereka merupakan ahli Jawatankuasa Eksekutif Pergerakan Fatah pimpinan Presiden Mahmoud Abbas.

"Keputusan itu diambil oleh Menteri Pertahanan selepas berunding dengan semua pihak berkuasa keselamatan yang berkaitan," kata kenyataan itu.

Keputusan Israel itu dibuat sehari selepas Jawatankuasa Menteri Israel bagi Hal Ehwal Keselamatan Negara telah mengarahkan pemindahan kira-kira hampir $39 juta dana Pihak Berkuasa Palestin kepada “mangsa keganasan Israel”.

Jawatankuasa Menteri Israel juga dilapor mengarahkan agar memberhentikan pembayaran kebajikan yang dibuat oleh kerajaan Palestin kepada tahanan Palestin di penjara Israel dan keluarga mereka yang dibunuh oleh pasukan Israel pada 2022.

*Gambar adalah hiasan

X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,200
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....