000000
X
PALESTIN
Potongan dana cukai Palestin tidak mengecewakan kita
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
07 Januari 2023 | 01.41 tengahari
Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh hari ini berkata walaupun pemotongan daripada dana cukai Palestin yang diumumkan semalam oleh kerajaan sayap kanan Israel yang akan memburukkan lagi perbendaharaan Palestin tidak akan menghalang kami dari meneruskan laluan politik dan diplomatik kami di semua forum antarabangsa untuk mencapai kemerdekaan dan kenegaraan kami.

Shtayyeh menyeru semua negara yang mengecam tindakan menteri perkauman Israel Itamar Ben-Gvir menyerbu Masjid Al-Aqsa dan jenayah pembunuhan harian Israel di Palestin untuk menterjemah kenyataan mereka kepada tindakan, dan menamatkan jenayah ini.

Awal hari ini, Jawatankuasa Menteri Israel bagi Hal Ehwal Keselamatan Negara mengarahkan pemotongan kira-kira hampir $39 juta dana Pihak Berkuasa Palestin.

Jawatankuasa Menteri Israel juga memerintahkan supaya mengimbangi pembayaran kebajikan yang dibuat oleh kerajaan Palestin kepada tahanan Palestin di penjara Israel dan keluarga mereka yang dibunuh oleh pasukan Israel pada 2022.

Bezalel Smotrich, Menteri Kewangan Israel berhaluan kanan baharu, berkata langkah baharu itu hanyalah permulaan dan sesiapa yang ‘menggugat’ kami akan membayar harga yang mahal.

Smotrich berkata dalam tweet bahawa "perjanjian perikatan kerajaan mengambil langkah untuk menamatkan gaji dan faedah yang dibayar kepada banduan dan keluarga syuhada".
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,797
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....