000000
X
PALESTIN
Israel Sekat Kemasukan Mesin X-Ray Ke Gaza
Oleh: Rusydan Yusup
6 Januari 2023 | 12.51 tengahari
GAZA | Kementerian Kesihatan Gaza mendakwa Israel pada hari Khamis telah menangguhkan kemasukan beberapa mesin X-ray yang diperlukan untuk merawat pesakit di Wilayah Palestin yang disekat, lapor Reuters.

Kementerian berikut, yang dikendalikan oleh kumpulan pemerintah Semenanjung Gaza, Hamas, berkata bahawa permintaan dalam tempoh 14 bulan lalu untuk lapan jenis mesin X-ray dan alat ganti yang berbeza untuk membaiki peralatan sedia ada telah ditolak atau ditangguhkan.

Berpuluh-puluh mesin X-ray lain telah dibenarkan masuk ke dalam enklaf pantai yang miskin dalam tempoh yang sama.

Israel, bersama-sama Mesir yang mengekalkan sekatan di sekitar Gaza dengan alasan isu keselamatan, berkata mereka bimbang kumpulan pejuang Palestin akan menggunakan mesin sedemikian untuk tujuan ketenteraan.

Pengarah Kementerian Kesihatan, Medhat Abbas, berkata peralatan itu dibiayai oleh institusi bantuan dan perubatan antarabangsa bagi pihak hospital di Gaza. "Menyekat kemasukan peralatan itu menyebabkan kelewatan dalam menyediakan perkhidmatan perubatan kepada beribu-ribu pesakit," kata Abbas kepada Reuters.

Menjawab kenyataannya, agensi perhubungan Penyelaras Aktiviti Kerajaan di Wilayah (COGAT ) yang dikendalikan tentera Israel menuduh Hamas dan kumpulan pejuang lain "secara sistematik dan sinis mengambil kesempatan ke atas penghantaran peralatan dan barangan kemanusiaan dan awam untuk tujuan pengganas".

Permintaan untuk peralatan sedemikian, COGAT memberitahu Reuters, diperiksa berdasarkan kes demi kes.

Abbas berkata dakwaan Israel mengenai peralatan perubatan yang mempunyai dua kegunaan (perubatan dan ketenteraan) adalah satu pembohongan.

Di Hospital Shifa di Gaza, Nalat Zeino, 51, berkata dia telah menunggu 45 hari untuk menjalani X-ray pada buah pinggangnya. Doktor menyalahkan kelewatan penghantaran peralatan diperlukan.

"Seolah-olah kesakitan yang saya rasa tidak cukup, menunggu adalah satu lagi bentuk penyeksaan," ibu kepada empat anak itu memberitahu Reuters di luar unit X-ray.

Hamas, yang dianggap sebagai kumpulan pengganas oleh Israel dan kebanyakan negara Barat, menguasai Gaza pada 2006, setahun selepas Israel menarik tentera dan penduduk haram Yahudi daripada kawasan tersebut.

Sekatan berterusan yang dikenakan telah mengehadkan jumlah barangan yang masuk dan keluar. Keadaan ini telah melumpuhkan ekonomi dan sistem penjagaan kesihatan Gaza, yang mengalami kekurangan katil hospital dan peralatan perubatan yang kronik.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,828
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....