000000
X
PALESTIN
Pegawai Fatah antara 16 yang ditahan dalam serbuan Tebing Barat
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
05 Januari 2023 | 10.51 malam
Tentera Israel sebelum subuh hari Khamis telah menahan 16 rakyat Palestin, termasuk seorang pegawai Fatah di Tebing Barat yang dijajah, menurut sumber tempatan dan keselamatan.

Di Bandar Beit Rima, barat laut Ramallah, tentera Israel menangkap seorang bapa bersama salah seorang anak lelakinya bagi memaksa seorang lagi anak lelakinya menyerah diri kepada tentera.

Turut ditangkap dua lagi dari bandar Ein Yabrud, timur laut bandar itu.

Sementara itu, sumber mengesahkan bahawa lima lagi ditahan dalam beberapa serbuan di seluruh daerah Baitulmaqdis.

Israel melancarkan serbuan di seluruh daerah Baitulmaqdis, konvoi kenderaan tentera menyerbu kem pelarian Qalandia, barat bandar Baitulmaqdis, di mana tentera menahan tiga orang, seorang bekas banduan bersama anaknya dan seorang lagi bekas banduan serta menggeledah rumahnya.

Seorang lagi ditangkap polis Israel selepas mereka menceroboh dan menggeledah rumah keluarganya di kejiranan Baitulmaqdis di Sur Baher.

Mereka juga menangkap seorang lagi selepas menyerangnya dengan kejam di Bab Hutta, salah satu pintu menuju ke perkarangan Masjid Al-Aqsa.

Di utara Tebing Barat, askar yang membawa senjata api muncul di sebuah rumah di kampung Wadi al-Far'a, barat daya bandar Tubas, melakukan pencarian menyeluruh dan akhirnya menahan ahli Majlis Revolusi Fatah (FRC) Ahmad Saleh Al-Yasidi.

FRC mengecam penahanan Al-Yasidi dan menganggap pihak berkuasa Israel bertanggungjawab sepenuhnya ke atas nyawanya.

Juga di utara Tebing Barat, sumber mengesahkan serbuan di kejiranan timur bandar Jenin, mengakibatkan penahanan seorang warga Palestin.

Tentera melakukan serbuan serupa di kampung Faqqu'a, yang juga membawa kepada penahanan seorang lagi.

Sumber itu menambah bahawa seorang lagi telah ditangkap dari kem pelarian Balata, di pinggir bandar Nablus.

Di selatan Tebing Barat, tentera bersenjata lengkap menangkap seorang remaja bawah umur 14 tahun di sekitar Sekolah Jaber di Kota Lama Hebron.

Dua lagi rakyat Palestin telah ditahan, satu dari bandar Yatta, selatan Hebron dan satu lagi dari kampung Karma, selatan bandar.

Pada petang Rabu, sumber mengatakan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kes penahanan dan kesemuanya di utara Tebing Barat.

Dua ditahan dari bandar Azzun, timur bandar Qalqilya, seorang diculik oleh pasukan khas dari bandar Qabtiyya, selatan Jenin dan seorang lagi dari kem pelarian Nur Shamas, timur bandar Tulkarm.

Dua lagi, yang dikenal pasti sebagai penduduk kem pelarian Tulkarm, termasuk seorang remaja berusia 16 tahun, telah digari dan ditahan di persimpangan penempatan kolonial Gush Etzion, selatan Bethlehem, dan seorang lagi ditangkap dari bandar Tammun, tenggara Tubas.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,677
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....