000000
X
PALESTIN
Menteri Israel Serbu Kompleks Al-Aqsa: Netanyahu Tangguh Lawatan ke UAE
Oleh: Rusydan Yusup
5 Januari 2023 | 2.00 petang
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu telah menangguhkan lawatannya yang dirancang ke UAE berikutan penyerbuan di pekarangan Masjid Al-Aqsa oleh Menteri Keselamatan Negara sayap kanan Itamar Ben-Gvir, lapor media Israel.

Menurut media berbahasa Ibrani, keputusan itu diambil selepas Negara Teluk mengecam lawatan provokasi Ben-Gvir ke masjid di Baitul Maqdis yang diduduki.

Sumber dalam pejabat Netanyahu menafikan sebarang kaitan antara kedua-dua perkara. Ynet News melaporkan bahawa lawatan itu telah ditangguhkan kerana pertimbangan logistik.

Netanyahu cuba mengatur lawatan ke Abu Dhabi pada awal 2021, tetapi lawatan itu ditangguhkan beberapa kali dan akhirnya dibatalkan kerana Jordan menangguhkan kelulusan laluan penerbangannya ke atas Kerajaan Hashemite dan ekoran masa yang hampir dengan pilihan raya umum Israel.

Berikutan pengumuman kerajaan gabungan terbarunya minggu lalu, Netanyahu menerima jemputan rasmi untuk melawat UAE daripada Presiden Mohammed Bin Zayed Al-Nahyan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,656,439
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....