000000
X
PALESTIN
Pencabulan Status Quo Baitul Maqdis: Majlis Keselamatan PBB Adakan Sesi Tergempar
Oleh: Rusydan Yusup
5 Januari 2023 | 1.50 tengahari
Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) akan mengadakan sesi tergempar pada hari Khamis untuk membincangkan pencabulan status quo oleh Israel di Baitul Maqdis, khususnya di Masjid Al-Aqsa, lapor agensi berita rasmi WAFA Palestinian.

Riyad Mansour, Wakil Tetap Negara Palestin ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, berkata bahawa sesi itu akan diadakan atas permintaan bersama Palestin-Jordan, yang disokong oleh Emiriah Arab Bersatu, perwakilan Arab ke Majlis, serta China.

Mansour menjelaskan bahawa sesi itu akan membincangkan pencabulan Israel di Baitul Maqdis, terutama susulan kejadian penyerangan di pekarangan Masjid Al-Aqsa oleh Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben Gvir.

Beliau menegaskan bahawa Majlis Duta Besar Arab dan kumpulan Islam akan mengadakan mesyuarat hari ini dalam sesi tergempar.

Pada sebelah malamnya, delegasi bersama Arab-Islam Palestin akan bertemu dengan Presiden Majlis Keselamatan, dan dua mesyuarat lain akan berlangsung untuk Kumpulan Negara-Negara Berkecuali dan Jawatankuasa Palestin kepada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,458
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....