000000
X
PALESTIN
Malaysia mengecam pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh seorang anggota kerajaan Israel
Oleh: Abiidah Binti Fadzlan Shahidi
5 Januari 2023 | 12.00 tengahari
PUTRAJAYA - Malaysia mengutuk sekeras-kerasnya pencerobohan semalam ke dalam Masjid Al-Aqsa dan halamannya oleh seorang anggota kerajaan Israel, menurut satu kenyataan.

“Pencerobohan terancang yang diketuai oleh Menteri Keselamatan Negara Israel, Itamar Ben-Gvir, dan tentera rejim Israel merupakan bentuk provokasi dan pencerobohan yang jelas terhadap status quo politik Baitulmaqdis dan Al-Haram Al-Sharif,” katanya.

“Malaysia menyeru masyarakat antarabangsa untuk memastikan rejim Israel bertanggungjawab sepenuhnya atas tindakan haram itu serta menuntut rejim menghentikan serta-merta sebarang provokasi demi kepentingan keamanan dan kestabilan,” katanya sambil menambah, “Malaysia terus tetap dengan pendirian bersolidariti bersama rakyat Palestin malah berulangkali menegaskan status Al-Quds Al-Sharif sebagai tapak suci umat Islam.”

Malaysia juga menegaskan "sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada rakyat Palestin dan tujuan mereka untuk mencapai kebebasan daripada penjajahan haram Israel dan merealisasikan aspirasi mereka untuk sebuah Negara Palestin yang merdeka dan berdaulat berdasarkan sempadan sebelum 1967, dengan Baitulmaqdis Timur sebagai Ibu Kota mereka."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,662,991
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....