000000
X
PALESTIN
7 cedera akibat tembakan Israel di bandar daerah Ramallah
Oleh: Mohd Qutaibah Bin Ismail
03 Januari 2023 | 02.47 petang
Tujuh rakyat Palestin petang semalam cedera akibat tembakan tentera Israel di bandar Beit Rima, barat laut bandar Ramallah, menurut wartawan WAFA.

Beliau berkata bahawa pasukan khas Israel diikuti oleh tentera beruniform menyerbu masuk ke bandar Tebing Barat untuk menahan seorang pemuda, mencetuskan konfrontasi ganas.

Askar melepaskan tembakan ke arah pemuda tempatan yang cuba menghalang laluan mereka, mencederakan tujuh dengan peluru hidup di bahagian kaki.

Ketika serbuan selesai, seorang bapa bersama anaknya telah digari dan ditahan.

Tentera Israel kerap menyerbu rumah Palestin hampir setiap hari di seluruh Tebing Barat dengan alasan mencari warga Palestin yang "dikehendaki", menyebabkan tercetusnya pergaduhan.

Serbuan ini, yang juga berlaku di kawasan di bawah kawalan penuh Pihak Berkuasa Palestin, dilakukan tanpa waran geledah, pada bila-bila masa dan di mana sahaja pilihan tentera selaras dengan kuasa sewenang-wenangnya.

Di bawah undang-undang tentera Israel, komander tentera mempunyai kuasa eksekutif, perundangan dan kehakiman penuh ke atas 3 juta rakyat Palestin yang tinggal di Tebing Barat. Rakyat Palestin tidak mempunyai hak untuk bersuara bagaimana kuasa ini dilaksanakan.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,665,866
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....