000000
X
PALESTIN
Undian PBB: Israel Bengang, Bertegas Nafi Mereka Penjajah
Oleh: Rusydan Yusup
3 Januari 2023 | 2.15 petang
Seorang ahli parlimen Israel berkata pada hari Ahad bahawa penjajahan wilayah Palestin adalah kekal sekurang-kurangnya "setakat ini" sebagai tindak balas kepada undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai pendudukan Israel pada hari Jumaat.

Zvika Fogel, ahli parlimen berhaluan kanan dalam gabungan pemerintah, menambah bahawa beliau menyokong "penerapan kedaulatan di semua tanah yang secara sah milik Israel," yang menunjukkan secara jelas rancangan Israel untuk melakukan pengilhakan/aneksasi Tebing Barat yang diduduki.

Pada hari Jumaat, undian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyatakan sokongan untuk meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) memberikan pendapat nasihat mengenai pendudukan haram Israel selama 55 tahun di wilayah Palestin.

Penghakiman ICJ yang berpangkalan di Hague biasanya mengambil masa antara setahun hingga dua tahun untuk dimuktamadkan. Keputusan yang dibuat akan mengikat tetapi mahkamah tidak mempunyai kuasa untuk menguatkuasakannya.

Ahli politik Israel dalam gabungan pemerintah dan pembangkang telah menyelar PBB kerana meluluskan resolusi tersebut.

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, yang telah dilantik sebagai ketua kerajaan pada minggu ini, menyifatkan keputusan itu "keji" pada hari Sabtu. Beliau juga sebelumnya telah menetapkan perluasan petempatan haram Yahudi sebagai keutamaan kerajaannya.

“Rakyat Yahudi bukan penjajah di tanah mereka sendiri mahupun penjajah di ibu kota abadi kita Baitul Maqdis dan tiada resolusi PBB boleh memutarbelitkan kebenaran sejarah itu,” kata Netanyahu dalam mesej video.

Bekas menteri dan ahli parlimen pembangkang Avigdor Lieberman berkongsi sentimen yang sama, melabelkan keputusan itu sebagai "menghina".

"Keputusan hina yang mesti dikutuk secara meluas telah diluluskan malam ini di PBB.  Hal ini adalah bukti selanjutnya bahawa, pada saat kebenaran, negara Israel tidak akan dapat mempercayai institusi antarabangsa. Keputusan ini adalah lambang kemunafikan dan ketidakadilan," tweet Lieberman.

Sehari sebelum pengundian PBB, Netanyahu mengumumkan apa yang disebutnya sebagai garis panduan asas kerajaan baharunya.

Beliau berkata bahawa "orang Yahudi mempunyai hak eksklusif dan tidak boleh dipertikaikan ke atas semua kawasan di tanah Israel," termasuk Tebing Barat yang diduduki dan Baitul Maqdis timur.

Beliau berikrar bahawa kerajaan baharu akan "menggalakkan dan membangunkan penempatan" di Tebing Barat, Galilea, dan Negev.

Hampir 700,000 penduduk haram Yahudi tinggal di lebih 250 petempatan dan pos di seluruh Tebing Barat dan timur Baitul Maqdis yang melanggar undang-undang antarabangsa
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,451
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....