000000
X
PALESTIN
Hamas: Israel Tidak Serius Mengenai Pertukaran Tahanan
Oleh: Rusydan Yusup
3 JANUARI 2023 | 1.40 tengahari
Pergerakan Perjuangan Islam Palestin (Hamas), berkata pada hari Ahad bahawa Israel "tidak serius mengenai perjanjian pertukaran tahanan," kata seorang pegawai kanan pergerakan tersebut.

Bercakap kepada Al Ghad TV, ahli Biro Politik Hamas, Zaher Jabareen berkata: "Penjajah Israel tidak memberikan tindak balas terhadap beberapa inisiatif yang dicadangkan oleh beberapa pihak."

Beliau berkata bahawa beberapa inisiatif itu dicadangkan oleh rakyat Mesir, Qatar, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan pengantara lain.

Jabareen, yang bertanggungjawab terhadap portfolio banduan dan syuhada berkata: "Isu banduan merupakan agenda harian Hamas. Pembebasan banduan mungkin menjadi matlamat utama pertempuran seterusnya dengan penjajah (Israel)."

Beliau menambah: "Keputusan kami adalah jelas. Kami telah berjanji untuk berusaha membebaskan tahanan kami, walau apa pun harganya."

Perlu diingat bahawa terdapat empat tawanan Israel yang ditahan oleh pihak pejuang Palestin di Gaza, manakala terdapat lebih 4,700 tahanan Palestin, termasuk 29 wanita, 150 bawah umur dan 850 di bawah tahanan pentadbiran di dalam penjara Israel.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,660,328
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....