000000
X
PALESTIN
Kerajaan Israel Akan Kenakan Sekatan Terhadap Pihak Berkuasa Palestin
Oleh: Rusydan Yusup
3 JANUARI 2023 | 1.28 tengahari
Kerajaan baharu Israel sedang menyediakan pakej sekatan terhadap Pihak Berkuasa Palestin (PA), termasuk penarikan balik kad VIP yang diberikan kepada pegawai PA, lapor Quds Press pada Ahad.

Sekatan Israel yang dirancang merupakan tindak balas terhadap kelulusan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada hari Jumaat mengenai resolusi yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa menilai dasar "pengilhakan/aneksasi" Israel dan "status undang-undang penjajahan yang berlaku."

Kad VIP yang dinyatakan memberi pegawai kanan PA akses mudah ke bandar-bandar Israel, laluan mudah di pusat pemeriksaan Israel, serta perjalanan melalui Lapangan Terbang Ben Gurion.

Isteri, anak, dan pengawal peribadi pegawai PA, yang memegang kad VIP Israel, boleh melalui pos pemeriksaan Israel tanpa pemeriksaan dan pergi ke Baitul Maqdis melalui pintu Tembok Pemisah.

Keputusan mengenai pakej sekatan terhadap rakyat Palestin dijangka diambil oleh Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, Menteri Pertahanan, Yoav Galant, dan Menteri Luar Eli Cohen dalam penyelarasan dengan pihak lain, sumber Israel melaporkan.

Pada hari Jumaat, Perhimpunan Agung PBB meluluskan resolusi yang meminta Mahkamah Keadilan Antarabangsa untuk mempertimbangkan konflik Israel-Palestin, "pengilhakan" Israel dan "status undang-undang penjajahan yang berlaku."
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,672,838
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....