000000
X
PALESTIN
Cubaan Kawal Agenda Masjid Al-Aqsa, Amaran Untuk Ben Ghafir
Oleh: Hanis Zakwan Bin Zainal Abidin
3 Januari 2023 | 12.00 tengahari
PALESTIN - Ahmad Atoun, ahli parlimen Palestin berkata: Kami orang Palestin tidak akan menyerah kepada rejim penjajah Israel, kerajaannya atau kepada Ben Ghafir, dan tidak akan membenarkan mereka masuk dan melawat Masjid Al-Aqsa, dan menentukan agenda dan urusan tapak suci kami sebagai orang Islam iaitu Al-Aqsa

Tambahnya lagi dalam Berita Hurrara: “Ben Ghafir, sebaik sahaja dia menerima portfolio Keselamatan Dalam Negeri, sebagai seorang menteri, dia berjanji tindakan pertama yang akan diambil ialah memasuki Masjid Al-Aqsa.”

Beliau memberitahu bahawa kenyataan Ben Ghafir telah menggoncang situasi, yang mana kumpulan-kumpulan pejuang telah bersedia dengan segala kemungkinan.

Beliau juga memberitahu, penduduk Al-Quds sedang berjaga-jaga, bersiap siaga kerana melihat janji Ben Ghafir telah mencabar mereka seperti mana yang pernah di buat oleh Ariel Sharon sebelum ini.

Ben Ghafir, menteri Keselamatan Dalam Negeri dari parti ekstrim haluan kanan, menarik balik niatnya untuk masuk ke masjid itu minggu ini. Ia dibuat berikutan mesyuarat beliau bersama Perdana Menteri Israel yang baru seminggu dilantik, Benjamin Netanyahu.
X
X

Pada 3hb. Januari 2006, pendaftaran Aman Palestin telah diluluskan secara rasmi di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dengan nama AMAN PALESTIN BERHAD sebagai sebuah syarikat yang tidak berteraskan keuntungan (non-profit organisation) bagi membantu rakyat Palestin secara kolektif, terancang, berterusan dan berkesan. Sejak ditubuhkan, Aman Palestin telah berjaya menyalurkan bantuan dalam pelbagai bentuk projek kepada rakyat Palestin di Palestin, Lubnan dan Syria hasil kutipan dan sumbangan daripada orang ramai.
No. 1, Jalan 3/3B, Seksyen 3,
43650 Bandar Baru Bangi,
Selangor Darul Ehsan

Telefon
: +6 03 8926 7019
Faksimile
: +6 03 8925 9963
Email
: office@amanpalestin.net
GPS
: N 2.9414084 E 101.7796932
Pelawat No
: 14,673,677
Laksanakan Sumbangan Anda Melalui:
Sumbangan Anda Melalui:
Hakcipta Aman Palestin Berhad  |  Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Hakcipta Aman Palestin Berhad
Dikuasakan oleh: Vortex Design Sdn. Bhd.
Sila tunggu sebentar....